• Silk Screen Printing





    Apa itu silk screen printing ?

    Silk screen printing  atau nama bahasa Malaysia adalah cetakan jaring sutera di mana teknik cetakan ini menggunakan blok kayu, besi atau aluminium sebagai bingkai dan menggunakan kain sutera yang diregangkan sebagai bahan penapis dan pembentuk imej selepas disapukan dengan bahan Photo Emulsion.

    Terdapat 7 jenis cetakan iaitu :

    1. Solid Color Printing
    Solid color printing adalah cetakan silkcreen berwarna tertentu tanpa melibatkan warna yang bertona/gredient. Cetakan tersebut boleh jadi 1 warna, 2 warna, 3 warna atau melibatkan warna yang tiada tona.

    2. Cetakan Dye Timbul / Emboss Dye
    Cetakan dye timbul bermaksud cetakan silk screen berwarna tertentu dan dicampur dengan bahagian penaik bagi mendapatkan hasil cetakan timbul pada tshirt melalui proses heatpress/ion pada belakang imej.

    3. Cetakan Heatpress Filem
    Cetakan Heatpress Filem bermaksud cetakan silkscreen berwarna tertentu yang dicetak ke atas Heatpress Filem dan ditaburkan dengan serbuk glue. Apabila selesai proses, cetakan tersebut akan di heatpress pada tshirt atau sebarang tekstil. Teknik cetakan ini biasanya sesuai untuk mencetak nama individu yang berbeza-beza untuk dicetak dalam masa yang sama.

    4. Foil Tshirt Printing
    Cetakan pada tekstil menggunakan silkscreen dan meletakkan foil dengan warna tertentu. Teknik ini melibatkan penggunaan Mesin Heatpress dan Glue

    5. Flocking Printing
    Cetakan pada tekstil menggunakan silkscreen dan meletakkan Flocking Paper dengan Warna Tertentu. Teknik ini menggunakan mesin heatpress dan glue.

    6. Gold Dust Printing
    Cetakan pada tekstil menggunakan teknik silkscreen dan menggunakan jaring blok yang kasar (800/900/1000dpi). Campuran bahan utama adalah glitter paste dan ditambah dengan gold dust.

    7. Full Colour Printing (CMYK)
    Cetakan pada tekstil menggunakan teknik silkscreen dan menggunakan jaring block yang halus (1350 dan 1440 dpi). Campuran bahan utama adalah jenis plastisol atau ecosol. Penggunakan blok yang terhad kepada 4 atau 5 blok sahaja. Cetakan jenis ini untuk design yang mempunyai banyak warna dan gradient.



  • 0 comments:

    Powered by Blogger.